January…2012
5.45 pm aku sampai rumah dengan selamat…Alhamdulillah
Melalui sepanjang hari ini yang sangat meletihkan
sama seperti hari2 lepas aku berada di sini….
“ya
Allah, baru sikit aku diuji, tapi cepat betul merasa lelah di tengah jalan.. ya
Allah, ampunilah dosaku…redhakan lah hati ku menempuh semua dugaan Mu ini.
Hanya mampu menangis di hadapan Mu..Engkau mengetahui setiap kesusahan dan
kesulitan yang aku hadapi, Kau sudah menghitung setiap air mata ku..menahan kesabaran menghadapi dugaan ini…aku
rasakan setiap yang harus aku hadapi kenapa sukar tuk aku kecapi..syaitan mula
menghasut diri. Ampuni aku dan bawa aku kembali kepada Mu ya Allah. Bukankah setiap hamba Mu yang di uji itu
adalah tanda kasih sayang Mu…maafkan aku ya Allah..jangan biarkan aku terus
jahil tanpa bimbingan Mu..ya Allah, Astagfirullah al azim..ampuni dosaku.
Berikan aku kekuatan dalam kelemahan ini, berikanlah aku jalan keluar atas
setiap kebuntuan ini, berikanlah jawapan setiap persoalan ini. Ku mohon ya
Allah, dalam kerendahan hati, hanya Kau yang ada dan sentiasa di sisi hamba
Mu…amin”
Aku termenung di hujung situ..tingkat 14 bangunan
mampu mempelihatkan hampir keseluruhan kawasan kampus dari satu sudut…
Dari jauh seorang pekerja menyapu sampah di tempat
parkir.. dulu masa aku nak hadapi exam, atau test yang sangat mendebarkan..aku
pernah terdetik dalam hati setiap kali aku melihat mereka
“seronok je jadi tukang sapu..hari2 kerja sapu
sampah, xperlu risau xdapat jawab soalan test, xperlu susah2 baca buku, xpayah
pening2 hafal fakta..hari2 kerja y sama dan hujung bulan dapat gaji”
Tapi itu dari aku…entah2 dia juga pernah terdetik
“alangkah seronok kalau aku dulu belajar rajin2. Xde
lah jadi tukang sapu sampah..panas, gaji pulak xseberapa..orang lalu pun
xpandang”
Hmmm…manusia..xpernah rasa bersyukur…aku mengatakan
pernyataan itu pada diri ku sendiri (u_u)..bersyukur lah..Alhamdulillah
Firman
Allah S.W.T
“Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari
(nikmat-Ku) maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih”
(Ibrahim : 7)
……..menunggu hampir satu jam di situ, sekali lagi
menguji kesabaran aku. Aku salah
dengar ke beliau yang salah paham…aku pun tak tahu..
Dan akhirnya, penantian tu berakhir juga….lemah
longlai aku masuk ke biliknya,
dihati masih lagi terasa malas..ya Allah,
kenapa dengan aku ni..
Perbincangan bermula..tadi nya suara ku yang agak
tinggi mula rendah, redha, pasrah, dan sabar
sekali lagi teruji..banyak yang perlu diperbetulkan..banyak lagi kerja yang
perlu diselesaikan..entah bila semua ni nk selesai
Banyak gak aku kena “ketuk tadi”..
Aku tahu itu mmg style beliau, jadi aku tak ambik
hati sangat
“rajin2 kan baca semua ni, jangan rajin ber facebook
aje…”
erkkk…tersekat air liur aku.
Kadang-kadang mata nya sengaja dibulatkan, buatkn
aku menikus disitu..takot gak.
Kadang-kadang beliau gelak dengan soalan yang aku aju
yang aku rasa xkelakar pun..gelak ejek aku la tu…dalam hati aku berteka teki
Aku tanya lagi..masih tergelak dan memandang tepat
ke arah aku..serius aku sikit gementar…
‘sudah lah, jgn gelak, jgn uji aku lagi..aku cukup
rasa terbeban..’
Walaupun masih ‘geram’ dengan responya tu..aku masih
lagi berlemah lembut, sedikit serius tapi dengan senyuman dan tawa kecil yang ikhlas
tak ikhlas
“encik janganlah gelak, saya serius ni”
Baru lah beliau beri jawapan yang aku kehendaki
Bilik tu sedikit tegang bila sampai kemuncaknya…aku
mula merasi tekanan tuk menyempurnakan tugas yang di beri
Tapi turut berusaha menampilkan keyakinan yang aku
mampu lakukan..hanya mohon sedikit simpati agar beliau memahami yang aku sedang
mencuba dan berusaha menyelesaikan nya. Mengharap beliau memahami yang aku sedikit
stress sekarang ini
Dan bila aku nak cari pendrive yang aku rasa aku
bawa tadi, tiba2 xde pulak..ya Allah, aku tertinggal dalam surau..satu2nya
pendrive y aku ada walaupun 1 gb je dan broadband aku..
Aku mula hilang fokus pada penerangan beliau….ya Allah,
selamatkan harta aku..doaku…sabar2, aku
cuba tarik balik perhatian ku y mula hilang
Sehinggalah perbincangan ini selesai..hampir satu
jam lebih gak..
Tapi sebelum keluar beliau tetap menghadiahkan kata2
semangat, beliau kata aku mampu lakukan yang terbaik, dan memberi harapan
bahawa aku boleh menyempurnakan….semuanya…
Sedikit terubat kerisauan aku, tercalit sikit
kegembiraan dalam hati aku tuk aku lebih bersemangat meneruskan perjuangan ni
Terima kasih encik…..banyak bantu saya. Walaupun
kadang2 encik nampak berat hati tuk suap semuanya ke mulut saya tapi encik
turutkan gak sbb tak nak saya peningkan kepala encik….terima kasih banyak2
Aku keluar bilik….balik ke pangkal jalan….cari
pendrive dan broadband aku..
Hah!!! Xde..ya Allah..sabar2…
Aku mula mengemas barang tapi mata ke merata-rata
melilau..ke mana benda tu hilang..orang ambik ke…jgn lah..broadband aku tu
penting..
Dan nasib baik Allah masih beri petunjuk..di
situ…atas tempat yang agak tinggi tapi semuanya masih ada di situ…cuainya lah
aku..mcam ni lah kalau sorang2..
Aku nak balik kg..x sabar nk balik..penat sungguh di sini…badan aku yang kecik ni
menggalas beg berisi laptop dan kain baju..aku usung ke sana ke mari..kesian
kamu laptop, xde beg cantik pun aku nak
hadiahkan tapi aku masih setia bawanya ke mana mana..hampir 3 tahun lebih
bersama..tangan ku lak penuh ngan fail2..ya Allah sabarkanlah aku…dari pagi tadi aku x jamah ap2 makanan pun. Dengan
keadaan aku y banyak hilang darah, aku mintak jgn lah aku pengsan kat sini..
Susah nk tinggal barang..xde sapa nak jaga..nak makan
pun susah..dalam hati aku nak balik kg..itu yang paling penting
Tapi….tiba2 bawu aku sedar, hujan lebat
sangat2…sedihnya hati aku..turut menangis selebat hujan y turun…sabar lah menunggu hujan reda
sedikit..keseorangan, terasa asing walaupun di tempat sendiri…sabarlah wahai hati..Tuhan je y tahu..
Dan hampir 40 minit, bwu hujan mulai gerimis…x sabar nak sampai central..dapat alas
perut kat sana pun jadilah
Tiket kul 4.00 pm
Aku beli wafer sampai 2 bungkus…he. Agaknya nampak
sgt aku menikmati wafer tu sampai aku sedar org y duk hujung kerusi aku pun
tiba2 beli wafer tu,,hehe. X kisah la, janji perut terisi…aku cuma takut pengsan,
tu aje..bukan boleh caye aku ni, dah la sorang2, sapa lak nk tolong aku….tolong xpe, takut ada orang lak ambek kesempatan dekat budak comot y duk
sorang2 di kerusi ni..
Sampai lah aku naik bas dengan selamat…Alhamdulilllah
Moga di hari2 seterusnya aku akn terus tabah hadapi
setiap dugaan Nya….amin
"Ya Allah, ya Tuhan kami. limpahkanlah
dalam diri kami kesabaran dan kekuatan dan tetapkanlah pendirian kami (dengan
sabar) dan berilah pertolongan-Mu ke atas kami untuk menghadapi kaum yang
ingkar."
(al
Baqarah : 250)
“sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang SABAR”
Wa allahu alam..