Aku
sabariah, bkn nme sbenar..
Sekarang sedang menghabiskan
program ijazah di salah sebuah institut pgajian tinggi awam (IPTA)
Anak kedua bongsu…dan pernah
memegang title adik selama 10 tahun, kemudian tahta aku telah diambil alih oleh
adik aku…aaaaaa!!! Oleh sebab tu aku selalu gaduh ngan adik tapi aku juga yang
tetap kena mengalah kerana aku kakak, itulah beza nya antara anak bongsu dgn anak
tengah,..
Mase tadika, aku budak nakal..tapi
nakal sikit aje, kerja nakal yang pernah aku buat ialah menghasut kwn2 tuk memulau
budak2 yang xbwak baju senam atau baju
sukan dan masukkan buah limau kasturi dlm ekzos moto org yang xdikenali, ini
citer benar.
Masuk sek rendah, aku jadi budak
baik, manje sgt dan kuat merajuk sbb
mase tu masih menjadi ank bongsu. Masa darjah satu aku penah lari dari umah, eh
bukan..lari dari kelas..sbb aku xtahan ngan sikap sorang kwn kelas aku,
alaaa..budak2, biasa la..maka aku pun lari ke belakang bilik guru, mase tu nak
lari jauh2, tp aku takut lak…xlama lpas tu cikgu dtg pujuk..hahaha
Masa darjah lima lak aku pernah
pengsan dlm perhimpunan. Tanpa aku sedari, aku sudah berada dlm dukungan
cikgu…ohoho, ala ala seorg putera membawa puterinya..eh, jgn nk berangan!!..terima
kasih cikgu sbb dukung saya dan bwk saya ke bilik guru, kalau tidak sudah tentu
saya terbaring lame kt tempat perhimpunan tu (u_u)
Masa darjah 6, baru lah ada
peningkatan dlm prestasi pelajaran aku..yang makin menyerlah adalah di sek
agama bila aku menyandang tempat pertama dlm peperiksaan berturut2.. aku berjaya
dpt 3A2B dlm UPSR tapi aku dpt mumtaz dlm sek agama,PSRA.. pencapaian yang dpt
membanggakan cikgu2 dan mak abah. Kemudian aku mghadapi konflik tuk melanjutkan
ke sek men sama ada ke sek agama atau ke sek men biasa..namun, jodoh ku di sek
menengah harian dan itulah keputusan muktamad aku.
Aku bersekolah di sekolah men
harian biase y sama sampailah tingkatan 5. Masa tingkatan 3 aku pernah masuk
asrama tapi hanya sebulan bertahan, aku xmampu teruskan memandangkan umah aku
ke sek pun bukannye jauh, knapalah nk bersusah2 di asrama. Aku xdpat sesuaikan
diri kt sana dan xdpt terima cara di sana, hilang kebebasan dan keseronokan
yang pernah ak rase. Aku menangis2 dan merayu tuk keluar asrama mase tu (kat
public phone). Dalam PMR aku dapat 7A2B. puas ht gak la sebab ak still boleh
dapat baik even xduk hostel. permohonan aku tuk melanjutkan pelajaran ke sek
men teknik klang diterima tp aku tetap bersek di sek y sama.
Tingkatan 5 lak aku dpt 6A, 3B,
1C..dan y C tu adalah mata pelajaran fizik, mata pelajran y aku rasa sgt susah,
tambah2 lagi bab elektrik. Ah, aku paling xsuka bab tu sbb aku susah sgt nk phm
litar2 elektrik tu, yang tertutup la, yang terbuka la..
Pastu aku dpt terus sambung belajar
di matrikulasi dlm aliran bio. Walaupun pilihan tempat tu bkn pilihan aku, tp
aku bersyukur sgt sbb dapat masuk gak matrikulasi program 1 tahun. Y paling
best di sana ialah bila aku dpt belajar sembhyg tarawikh..sebelum ni ak
xberkesempatan tuk menunaikannya tapi di matrik, aku dpt blajar dan
menunaikannya..hnya berjln kaki 5 mnit sudah sampai ke masjid. Sonok..itulah y
aku rasa. Aku hadapi MUET juga di sana..tak pandai tul nk ckp owg putih ni, dpt
je la band3..Alhamdulillah.
Dan tamat program matrik, aku dapat
tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA, dan kos aku sekrg iatu Occupational Therapy
adalah pilihan yang ke dua. Pilihan pertama aku dalah dietetik tp segalanya
sudah dirancngkan Nya, pasti itu adalah yang terbaik buat aku. Di u, aku xjadi
pelajar yang menyerlah tapi pelajar di sebalik tabir. Aku juga selalu tidur dlm
kuliah tapi aku buat semua kerja dan assignment. Aku sgt bersyukur ngan apa yang
ak ada skrg ni, walaupun tidak mewah, tapi sentiasa dlm ranking yang selamat…
Dan sekarg aku sedang mghadpi saat
sukar sepanjang tempoh pegajian ku 4 tahun
ni. Bila berada di tahun akhir, ia adalah tahun yang serius..moga Allah
melindungi dan memepermudahkan segalanya…amin. Just enjoy your life and
everything around you just a joke…most important, you know who you are.

No comments:
Post a Comment