Saturday, 31 March 2012

rajuk2 merajuk sape nak pujuk

Huhu..kenapa lah aku lak y terasa sedih ni..tak mampu nak pujuk sebab aku rasa aku lak y merajuk..nape tak kuat sgt hati ni..benda kecik je pun..mgkin sedih sebab aku rindu dia, buat aku jadi lebih sensitif  pada setiap respon dia..~sob2.

Ku dikejar bayang-bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan dipunya dan dipenjara
Belaian cintaku ini

Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa menyambar walau ku ditolak
Biar diuji kanan dan kiri 
Kau kan tetap ku miliki

Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu
Yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Relaku pujuk

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya

Usahlah kau bersedih
Dihadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu
Apakah kali ini
Bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku

Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu
Rela ku pujuk

*suka lagu ni sebab suara Tam sedap....
I wish one day he sings this song for me and playing his guitar…

 hmmmm..Nk tgk tv la..lupa sekejap cengeng aku ni.. (u_u)

Friday, 30 March 2012

minggu2 yang terakhir

Semalam case presentation, hari ni aku dekat kg…fuhhhh. Seronoknya dapat balik kg..dapat lena puas2 atas katel sendiri dengan besfren y aku rindu sgt2. Pagi ni lak hujan…sejuk dingin memberatkan kan lagi mata aku ni…he. Seminggu ni aku asyik tido mlm lewat, tido pun tak tutup lampu sebab takut tak terjage lak nnt..semalam2 malam pun aku termimpi supervisor research aku, alamak doktor….data analysis tak buat lagi..dalam kekalutan nak siapkan projek, siapkan case study, dengan keadaan dlm department kadang2 tak terkawal, patient yang ramai serius memberi impak kat aku..budak2 la ni lak batuk sesema…bersin depan aku..aduhaiiii patient..last2 aku pun terkena sekali..sakit tekak, then sesama…ni mcm nak batok lak…sabar je la…sakit itu penghapus dosa kecil..Alhamdulillah..


Case presentation…menarikkk, didatangi khas lecterur aku dari kampus…tgk anak didik die present..cuakk bebbbb…pergh.. 8o lbih slaid present dlm 15 minit, tak tau la bape km/jam aku present case tu….dua orang yang hebat dalm area pead..mmg kena kaw2 la..theory hebat. Tak tercapai akal aku..pulak tu written dan viva lak nnt, salah seorang dr depa yang akan beri mark…aku tak tahu lah ape nasib aku nnt..berusaha je lah dan buat y terbaik..ape2 pun rase dihargai gak la, depa nak mai tgk kami present..next week mggu last sebelum bertukar area ke psychiatric lak. Bukak buku baruuuuu


Data analysis..ape lak cerita..huuu. serabut gak duk pikir…beliau pun xde komen2 ape dlm email y aku sent tu..harap2 mampu siapkan. Meeting pun tertangguh dan tak tau bile lak nak date balek. Moga Allah permudahkan segala urusan…amin.

Saturday, 17 March 2012

Aku rindu sama kamu…!!

Alahai..lama da tak menatap wajah comel, pipi mungil nur izyan aneesa… skrg ni mesti da bertambah comel kannn….rindunya nak kiss pipi dia..selalu dengar dia merengek setiap kali kakak call..jeles la tu  xde orang layan dia…hehe. Tiga girls… aku nak tunggu yang boy lak..tunggu dari kak ipar la…hehe.


meh jeling2 sikit budak comel ni..hihi

ni neesa kt kampung..tidooooo

ni mase kt hospital..akak send
hari pertama aneesa 
ha, yang ni da besar sikit..kt kl,umah akak
ololo...comey nya dia tidoo...
MISS YOUUUUUUU

Last Voucher

Rm 50 yang terakhir aku habiskan  kat sini….akhirnya buku yang aku cari tu jumpa gak.. buku memasak yang ada beratus resipi..complete..!hehe. aku pernah dengar orang kata, orang perempuan ni die suka betol beli buku memasak, kalau tgk kat ruangan buku memasak, jadi rambang mata nak beli macam2 jenis buku resepi tapi buku tu jadi perhiasan, nak masak nya tak ber iya mcm masa nk membeli bukunya..hehe. betul ke x eh.. resepi2 tu memang bleh dapat kat internet..senang aje tapi kalu time emergency, tiba2 mak mertua dtg mengejut wat surprise tak kan time tu bawu nak search google..kalau tibe2 line lak slow atau problem, kan susah…jadi adanya buku, lebih selamat, fuhhhh..hihi. Nak call mak pun time tu nnt terkantoi lak. In case saudara mara dtg pun, hidangan hidangan biasa buat aku yang masih amatur ni, boleh la kan… J

Satu lagi buku tajuknya….”Kaya dan Bahagia dengan SYUKUR” karya Ahmad Hadi Yasin..buku ni aku tak habis baca lagi..hmm,kadang-kadang kita selalu lupa nk bersyukur padahal terlalu banyak nikmat yang Allah beri pada kita. Masa aku beli buku ni, ia ada satu je..aku terus ambil sebab ia da berbalut jadi tak dapat tgk isi kandungannya.. moga buku ni jadi pedoman dan ingatan bersama..:)


Ya Allah, Jadikanlah aku hamba Mu yang sentiasa bersyukur dengan kurnian Mu..amin.


Habis voucher rm200....



Thursday, 8 March 2012

Message terakhir..

“Salam. Selamat solat magrib. Moga ceria dan dipermudahkan urusan.”

Dan mungkin ia jadi message yang terakhir yang aku terima….

Sejak 2 menjak ni aku kerap kali melawat wall dia…dia yang dulu.hu. tak tahu kenapa, mungkin sebab aku dah mula dapat terima kenyataan yang tersurat dan mungkin jugak aku dah mula rasa kekuatan untuk membaca tentang dia  dan melihat dia di situ..tiada apa lagi yang nak diperbetulkn..semua nya adalah ketentuan Allah…

Dan entah nape rase tu datang kembali…niat di hati ingin menelefon dia..sekadar bertanya kabar..hmmm, mugkin. Tapi sebelum tu aku singgah sebentar ke wall dia…ya Allah, aku bwu tersedar…aku bukan sapa2 lagi bagi dia dan dia bukan apa2 pun dgn aku…dan bawu aku perasan..dah ada orang jaga dia di sana..mungkin aku patut gembira dengan berita tu sebab ini yang aku mahu selama ni..melihat dia bahagia..sama seperti aku, bahagia dengan dia sekarang…

Sudah lah hati..ini hanya dugaan..
Ini hanya dugaan..yang pasti aku tahu dah ada orang jaga dia sekarang…
Dan hati ini masih tidak berubah...kerana aku tahu hanya dia..


Siapa yang sanggup kupas kulit udang tuk saya kalau tidak awk
Siapa yang sanggup lap comot di mulut saya kalau tidak awk
Siapa yang sanggup berhabis duit dan menjemput saya di sini semata mata nk tgk saya gembira kalau tidak awk
Siapa yang sanggup bersusah2 dengan saya demi pelajaran saya kalau tidak awk
Siapa yang sanggup habiskan duit gaji semata mata nak penuhi keinginan saya kalau tidak awk
Siapa yang sanggup berpanas berhujan demi menemankan saya kalau tidak awk
Siapa yang ada waktu saya perlukan seseoarang dan mengadu masalah kalau tidak awk dan..
Siapa yang tak sanggup tuk menolak setiap permintaan saya kalau tidak awk…
Hanya awk….

Wednesday, 7 March 2012

hari ni berlalu juga

Sementara tunggu waktu sebelum berbuka puasa, update cikit blog ni…

STOP CRYING!. I SWEAR …!!!! IF YOU FINISH YOUR WORK, I WILL CALL YOUR MOM.  
Agak tinggi suare aku tapi aku rase tak cukup kuat pun sebab aku dah xlarat petang ni….last patient yang aku tgk..cepat2 dia siapkan keje tu walaupun tgh menangis.hu.

Hari ni mmg penat sepanjang dalam treatment room. Semua patient susah nak handle, payah nak control..sabar je la…
.
Next week 2 minggu akn bertukar ke ward lak..dapatlah tukar angin sikit..harap2 okey kat sana atau lebih penat..hmmm, kita tgk la nnt
IKHLAS KAN HATI..KUTIP SEMUA ILMU YANG ADA, KONGSI PENGETAHUAN YANG ADA…SELAMAT BERAMAL



Saturday, 3 March 2012

ssshhhhhhh...

Apa yang menarik??.. menarik tuk dikongsi maklumat dan info untuk pengetahuan bersama

Ini lah isu yang aku nk citer dulu.. aku cari semua maklumat ni kat google..
Dari mana tercetusnya isu ni…dari seorang lelaki yang tidak aku kenali lalu mendekati aku dan bercerita yang dia mampu merawat dan memulihkan dara..identiti dia aku rahsiakan kerana aku masih menghormatinya sebagai orang yang lebih tua dari aku dan kerana bukan nama dan pangkatnya yang menjadi isu tapi isunya bila dia memberitahu aku mampu menolong sikit2, sekadar membantu  yang dia mampu untuk merawat dara dan menaikkan seri…berhati2 ..huhu

Kalau dia kata boleh bantu untuk naikkan seri wajah, mungkin aku boleh terima..tapi bila dia cakap mampu merawat dara yang sudah pecah…aku mula berfikir……dan dari fikiran aku dengan kewarasan yang ada, aku tak fikir dara yang dah pecah mampu dikembalikan. Search-google………dari semua info yang aku baca, tiada pula yang mengatakan bahawa dara mampu dipulihkan dan dirawat..terang2 dari satu artikel mengatatakan bahawa selaput dara yang sudah pecah tidak mungkin dikembalikan semula.. jadi pernyataan dia yang mengatakan bahawa mampu merawat dara adalah ..NONSENSE!!!!

Dan tidak semestinya seseorang gadis yang belum berkahwin  tapi sudah hilang dara tidak dara lagi. Selaput dara boleh pecah disebabkan kemalangan, jatuh, terlalu aktif bersukan, berenang, memanjat, menunggang basikal..jadi, apabila kepercayaan ditanam teguh di hati masing2, isu kehilangan dara tidak akan menjadi satu isu besar…asalkan kita tahu siapa diri kita dan pasangan kita percaya siapa kita sebenarnya…

Dan bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Ada kajian mengatakan bayi perempuan yang lahir tanpa selaput dara.

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit (semilunar) dan mempunyai pemisah (septum). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi. 
(COPY AND PASTE)

Dan ada beberapa tanda yang dikatakan gadis itu sudah hilang dara tapi kesahihannya aku tak tahu lah. mungkin jugak betul, mungkin jugak tak...dan mungkin jugak hanya kaum adam yang mampu melihatnya (ada sixth sense ke)..aaahhhhh, tak tahu lah aku. mungkinkah sesetengah laki yang terlalu kuno atau taksub sahaja yang memandang dan menilai semua tanda2 ini dari kepercayaan mereka terhadap pasangan mereka. 
Antaranya tandanya melalui :

1.     dahi
2.     hidung
3.     mata
4.     buah dada
5.     garis tapak tangan
6.     perut
7.     rambut
8.     bibir
9.     leher
  
Explanation nya boleh klik sendiri kat google…macam2 ada


Friday, 2 March 2012

selamat sampai.....

Akhirnya sampai juga….bas lewat sampai hampir setengah jam dari biasa


doa aku yang terakhir..."ya Allah, selamatkan perjalanan aku hari ini..amin"

Sepanjang perjalanan, hujan dari aku naik bas sampai la turun bas..mungkin jugak hujan buat perjalanan bas lambat..dalam perjalanan ada lak satu accident..teruk gak aku tengok..depan dua kereta habis remuk..hmmm

Dalam bas, aku masih susah nak lelapkan mata, masih teringat2 kejadian petang tu..buat aku pikir panjang..siapa dia yang sebenarnya dan apa yang dia mahu, wallahu alam..
Lepas penat pikir, mata jadi mengantuk..lena sampai terlentok2 aku..nasib baik single seat..

Apa yang pasti aku akan update balik isu ni lepas cari maklumat kat google..don’t simply take all the information from him..itu yang aku ingatkan diri sendiri
Bila berada kat situ masa tu, sendiri…hanya Tuhan lebih mengetahui.
.
Aku rasa macam nak cepat je mengakhiri zaman bujang ni sebab aku nak seseorang yang boleh jaga aku..seseorang yang boleh lindungi aku, xde sapa akan berani dekat lagi dan xde sape akan berani ambik kesempatan lagi..huhu.. perasaan risau dan takut ni sentiasa ada selagi tiada orang genggam erat tgn aku..kalau bukan suami, siapa lagi..hanya berada di sisi suami, seorang isteri akan rasa selamat dan terjaga.

Aku nak bodyguarddddd!!!!!!