Saturday, 3 March 2012

ssshhhhhhh...

Apa yang menarik??.. menarik tuk dikongsi maklumat dan info untuk pengetahuan bersama

Ini lah isu yang aku nk citer dulu.. aku cari semua maklumat ni kat google..
Dari mana tercetusnya isu ni…dari seorang lelaki yang tidak aku kenali lalu mendekati aku dan bercerita yang dia mampu merawat dan memulihkan dara..identiti dia aku rahsiakan kerana aku masih menghormatinya sebagai orang yang lebih tua dari aku dan kerana bukan nama dan pangkatnya yang menjadi isu tapi isunya bila dia memberitahu aku mampu menolong sikit2, sekadar membantu  yang dia mampu untuk merawat dara dan menaikkan seri…berhati2 ..huhu

Kalau dia kata boleh bantu untuk naikkan seri wajah, mungkin aku boleh terima..tapi bila dia cakap mampu merawat dara yang sudah pecah…aku mula berfikir……dan dari fikiran aku dengan kewarasan yang ada, aku tak fikir dara yang dah pecah mampu dikembalikan. Search-google………dari semua info yang aku baca, tiada pula yang mengatakan bahawa dara mampu dipulihkan dan dirawat..terang2 dari satu artikel mengatatakan bahawa selaput dara yang sudah pecah tidak mungkin dikembalikan semula.. jadi pernyataan dia yang mengatakan bahawa mampu merawat dara adalah ..NONSENSE!!!!

Dan tidak semestinya seseorang gadis yang belum berkahwin  tapi sudah hilang dara tidak dara lagi. Selaput dara boleh pecah disebabkan kemalangan, jatuh, terlalu aktif bersukan, berenang, memanjat, menunggang basikal..jadi, apabila kepercayaan ditanam teguh di hati masing2, isu kehilangan dara tidak akan menjadi satu isu besar…asalkan kita tahu siapa diri kita dan pasangan kita percaya siapa kita sebenarnya…

Dan bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Ada kajian mengatakan bayi perempuan yang lahir tanpa selaput dara.

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit (semilunar) dan mempunyai pemisah (septum). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi. 
(COPY AND PASTE)

Dan ada beberapa tanda yang dikatakan gadis itu sudah hilang dara tapi kesahihannya aku tak tahu lah. mungkin jugak betul, mungkin jugak tak...dan mungkin jugak hanya kaum adam yang mampu melihatnya (ada sixth sense ke)..aaahhhhh, tak tahu lah aku. mungkinkah sesetengah laki yang terlalu kuno atau taksub sahaja yang memandang dan menilai semua tanda2 ini dari kepercayaan mereka terhadap pasangan mereka. 
Antaranya tandanya melalui :

1.     dahi
2.     hidung
3.     mata
4.     buah dada
5.     garis tapak tangan
6.     perut
7.     rambut
8.     bibir
9.     leher
  
Explanation nya boleh klik sendiri kat google…macam2 ada


No comments:

Post a Comment