pertemuan aku dengan beliau...atas perancangan Allah. Mula2 rasa macm bola ditolak sana sini..akhirnya membawa aku pada pertemuan ni. serius mula2 aku nervous sgt sbb sebelum ni aku hanya dengar nama beliau bukan orang nya..walaupun beliau speaking dengan aku tapi aku bedal bahasa ibunda aku gak. tapi masa tu beliau pada aku sangat memahami dan membantu. teruk gak paper yang aku tunjuk tapi beliau tak lekang dengan idea dan bersemangat buat aku turut bersemangat. syukur alhamdulillah di pertemukan dengan beliau. hati aku tak henti2 memuji kebaikannya atas pertemuan yang pertama ini. hubungan ni berjalan baik, aku mula memahami sikap beliau. perangai beliau..sampai lah beliau hilang atas urusan kerja.
aku masih anggap beliau sama macam dulu sampai lah satu hari tu dan sepanjang hari tu aku menangis kerana beliau..masih teringat lagi saat2 tu,hampir tertumpah air mata aku di hadapan beliau bila aku rasa aku tak patut dimarah sedemikian rupa atas sebab itu, atas sebab perkara kecik itu. aku tak kisah kalau beliau marah tu setimpal dengan kesalahan yang aku buat tapi oleh kerana aku rasa tak patut, aku menangis teruk malam tu. aku tahu beliau tak sengaja dan aku maafkn beliau cuma aku tak boleh lupa..biasalah hati perempuan. aku tahu beliau dah banyak bantu aku, byk bagi semangat kat aku secara tak langsung.
mula saat tu, aku asik teringat peristiwa tu bila ada depan pintu bilik beliau. mungkin beliau dah lupa kot. tak ape lah..benda dah berlalu. cuma kali ni aku lebih berhati hati. tapi satu masalah aku bila aku nampak beliau sibuk dengan student lain..hati aku jadi rendah diri, rendah diri sgt...aku nampak beliau bergurau senda dengan student yang lain, rasa keciknya diri ni nak mencelah di sebalik pintu tuk berjumpa beliau seorang diri..
mungkin aku tak sehebat student beliau yang lain tapi aku punya harapan tinggi tuk buat semampu terbaik dapat aku lakukan untuk diri aku sendiri.
dan yang pasti aku tak mahu kecewakan beliau atas semua usaha yang dah aku lakukan dan atas semua penat, pening beliau dengan kerja2 aku ni...
aku mmg nk wat yang terbaik tuk diri aku sendiri dan untuk beliau sebagai membalas jasa
walaupun aku tak sehebat mereka
tapi aku nak beliau tahu, aku bersungguh dalam kerja aku
semoga beliau mengerti..
No comments:
Post a Comment