Aku masih lagi duduk
menunggunya disitu, hampir satu jam..hujung minggu begini, ramai yang keluar
bersiar siar tuk menghabiskan masa bersama keluarga tak kira yang muda mahupun
yang tua.. tapi entah kenapa dari tadi hati aku bagai ditarik melihat aksi satu
keluarga yang duduk tidak jauh dari pandanganku..seorang isteri yang duduk
membelakangi aku, seorang suami yang juga terlindung dari pandangan aku kerana
duduk bertentangan dengan isterinya tadi, dan seorang anak kecil yang lincah,
comel duduk bersebelahan si ayah di atas baby seat.
Bahagia..itu yang
dapat aku rasakan, bibirku tersenyum sendiri..tiba-tiba si isteri bangun dari
tempat duduk nya dan seperti berkata sesuatu pada suaminya tadi sambil diiringi
tawa kecil. Dia terus berlalu meninggalkan si anak bersama ayahnya.
Dan aku dapat melihat
si suami sibuk melayan karenah si anak..tiba-tiba si anak kecil itu mencapai
cawan di hadapannya..habis air tertumpah di atas meja..si ayah kalut mengambil
tisu dan segera mengelap air yang tertumpah tersebut.
“Hehe, cam tu la
lelaki, baru je tinggal sekejap, sudah leka dengan karenah si anak” detik hati
kecilku.
Tiba-tiba lelaki itu
menoleh ke arah ku, mata kami sama bertentangan.
Jantung ku berdegup
laju, terkedu aku di situ, kelu lidahku..
Bagai tidak berpijak
di bumi kakiku ini..Wajah itu,. wajah yang pernah hadir dalam mimpi indah
malamku, wajah yang selama ini aku rindu tuk bersua. Ya..aku pasti lelaki itu
adalah dia..
Dia juga turut
terpaku di situ, mungkin juga terkejut kerana pertemuan yang tiba-tiba ini.
Setelah bertahun kami
menyulam kasih, berkongsi suka duka, namun perpisahan juga pengakhirannya.
Akhirnya, jawapan yang aku cari selama ini telah terjawab dan kenyataan ini
menguatkan aku, aku bukanlah terbaik buat dia dan dia bukan tuk aku. Aku tahu
dia bahagia sekarang..senyumanku di balas mesra olehnya..aku tahu dia bahagia.
‘Syg…’
Suara tu meghentikan
babak itu seketika
‘Ha, iye..’
‘Berangan la tu, itu
la keje nye’. Belakang tangannya menampar lembut pipi ku..
‘Sory lambat yang,
org ramai beratur..dah tu pulak pekerja die ade sorang je, penat menunggu..’. Dia
terus berleter tanpa menoleh aku di belakang yang masih duduk disitu seperti di
paku.
‘Ya Allah, lambatnya
syg ni..’. Die terus berpatah balik dan menuju ke arah ku, mengenggem tanganku
dan memimpin aku pergi.
Aku hanya tersenyum
melihat gelagatnya
Ku toleh ke belakang,
lelaki itu sudah tiada di tempat itu..tapi aku gembira melihat kebahagiannnya
Aku juga mampu
bahagia, bersama dia..org yang telah ditakdirkan hidup bersama aku, suami ku..
Bungkusan wafers
bertukar tgn ketika di dlm kereta
‘Eh, byk nye abg
beli..satu pun da cukup kenyang’
‘Hehe..mkn lah, abg
beli tuk syg..’
Kereta mula meluncur
laju, fikiran ku masih pada sedetik waktu itu tadi.
Ku lihat suami ku menyanyi
nyanyi kecil mengikut alunan muzik di radio.
Entah knape, lantas
aku merapati pipinya, satu ciuman singgah di pipi nya
Dia terkejut.. ‘eh,
nape ni..hehe’.
Aku hanya tersenyum
malu dan mengelengkan kepala
‘Hehe, abg tgh drive
ni, nanti balek okey..hahaha’ tawanya
sambil mengenyitkan matanya padaku
Merah padam muka aku,
ke situ pulak..
‘Ngade la abg ni, org
bkn mintak yang itu’. Aku masih menahan malu, dia bertambah galak mentertawakan
aku
Dan hati kecil ku
berbicara
“Aku mampu bahagia
bersamanya, dan aku akan bahagia bersamanya….itu yang aku tahu dan itu janjiku”
Lantas tiba2 sebelah
tangan nya mengengam erat jari jemariku seperti dapat membaca apa yang aku
bisikkan tadi...ya, tgn inilah yang akan membawa aku ke syurga MU…hati aku kini bahagia..terima kasih ya Allah…