Makin mengakhiri dunia praktikal, aku tahu lepas ni
lagi besar cabarannya..serius aku tak mampu jauh dari orang2 yang aku sayang.
Cukuplah berpraktikal di sini, nak melaluinya sekali lagi dalam hari2 yang
lebih mencabar, aku tak rasa aku kuat tanpa mereka semua. Sekarang ni
mungkinlah boleh..tak boleh pun cuba sampai boleh sebab aku tahu yang aku harus
laluinya juga…biar berat mana pun beban tu..dengan satu harapan, selepas semua
ni aku akan kembali semula pada mereka..pada orang2 yang aku sayang.
Cakap memang senang..kerja dulu di sini. Kerja mana2
pun sama je..aku sendiri tak tahu aku kerja di mana nnt..tapi yang pasti aku
tak nak terlalu jauh dari family.. makin aku jauh dari family, maka makin jauh
la semua yang aku harap dapat buat pada family aku nnt. Abg, kakak, mak abah,
family aku, malah dia sendiri…aku tak nak jauh dari mereka semua kerana mereka
lah sumber kekuatan aku.. lain cerita bila aku dah ada family sendiri, tapi
skrg dan buat masa terdekat ni, I need them indeed…
Nak kejar cita2 yang menggunung, aku takut terlewat
membalas jasa mereka…setiap kali balik jumpa mak, setiap kali tu juga hati aku
semakin kuat untuk tunaikan apa yang dalam hati ni buat keluarga…aku tak nak
“lama” membunuh harapan dan impian aku buat mereka. Biarpun nanti aku tak
bekerja di bidang aku???? Soalan yang selalu saja mengheret aku dgn mcm2 perasaan.
Siapa yang tak nk bekerja di bidang yang selama ni kita dah habiskan masa yang lama
sebelum tamat belajar tapi satu yang aku percaya, rezeki Allah tu luas..di mana ada
usaha, InsyaAllah pasti ada.. Cuma kadang2 aku terpikir expectation orang
lain.. tu lah susah terlalu pikir sgt perasaan orang lain..huu.
Aku cuma nak gembira dengan apa yang aku buat…kita
di beri byk pilihan, maka pilih lah y terbaik.. aku tetap berdoa agar semuanya
berjalan lancar..
Aku sendiri tak nak habis kan masa lama2 tanpa seorang pendorong dan pembimbing.
Ada lah teman tuk hadapi susah senang sama2, ada orang mengingatkan tiap kali
aku terlupa. Seseorang yang akan menyempurnakan sebahagian iman..
Biarlah semua ni seiring…tak nk terlalu terkejar2,
hingga apa yang aku bawa tercicir..tak mahu ber iya2 mencari, sampai apa
yang aku dah ada aku tinggalkan..tak nak terlalu ikut perasaan sendiri sampai
hati orang aku tak pedulikan..
Ya Allah, bantu lah hamba Mu ini……

No comments:
Post a Comment