Saturday, 7 April 2012

aku copy and paste cerita ni

Aku masih lagi duduk menunggunya disitu, hampir satu jam..hujung minggu begini, ramai yang keluar bersiar siar tuk menghabiskan masa bersama keluarga tak kira yang muda mahupun yang tua.. tapi entah kenapa dari tadi hati aku bagai ditarik melihat aksi satu keluarga yang duduk tidak jauh dari pandanganku..seorang isteri yang duduk membelakangi aku, seorang suami yang juga terlindung dari pandangan aku kerana duduk bertentangan dengan isterinya tadi, dan seorang anak kecil yang lincah, comel duduk bersebelahan si ayah di atas baby seat.
Bahagia..itu yang dapat aku rasakan, bibirku tersenyum sendiri..tiba-tiba si isteri bangun dari tempat duduk nya dan seperti berkata sesuatu pada suaminya tadi sambil diiringi tawa kecil. Dia terus berlalu meninggalkan si anak bersama ayahnya.
Dan aku dapat melihat si suami sibuk melayan karenah si anak..tiba-tiba si anak kecil itu mencapai cawan di hadapannya..habis air tertumpah di atas meja..si ayah kalut mengambil tisu dan segera mengelap air yang tertumpah tersebut.
“Hehe, cam tu la lelaki, baru je tinggal sekejap, sudah leka dengan karenah si anak” detik hati kecilku.
Tiba-tiba lelaki itu menoleh ke arah ku, mata kami sama bertentangan.
Jantung ku berdegup laju, terkedu aku di situ, kelu lidahku..
Bagai tidak berpijak di bumi kakiku ini..Wajah itu,. wajah yang pernah hadir dalam mimpi indah malamku, wajah yang selama ini aku rindu tuk bersua. Ya..aku pasti lelaki itu adalah dia..
Dia juga turut terpaku di situ, mungkin juga terkejut kerana pertemuan yang tiba-tiba ini.
Setelah bertahun kami menyulam kasih, berkongsi suka duka, namun perpisahan juga pengakhirannya. Akhirnya, jawapan yang aku cari selama ini telah terjawab dan kenyataan ini menguatkan aku, aku bukanlah terbaik buat dia dan dia bukan tuk aku. Aku tahu dia bahagia sekarang..senyumanku di balas mesra olehnya..aku tahu dia bahagia.

‘Syg…’
Suara tu meghentikan babak itu seketika
‘Ha, iye..’
‘Berangan la tu, itu la keje nye’. Belakang tangannya menampar lembut pipi ku..
‘Sory lambat yang, org ramai beratur..dah tu pulak pekerja die ade sorang je, penat menunggu..’. Dia terus berleter tanpa menoleh aku di belakang yang masih duduk disitu seperti di paku.
‘Ya Allah, lambatnya syg ni..’. Die terus berpatah balik dan menuju ke arah ku, mengenggem tanganku dan memimpin aku pergi.
Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya
Ku toleh ke belakang, lelaki itu sudah tiada di tempat itu..tapi aku gembira melihat kebahagiannnya
Aku juga mampu bahagia, bersama dia..org yang telah ditakdirkan hidup bersama aku, suami ku..
Bungkusan wafers bertukar tgn ketika di dlm kereta
‘Eh, byk nye abg beli..satu pun da cukup kenyang’
‘Hehe..mkn lah, abg beli tuk syg..’
Kereta mula meluncur laju, fikiran ku masih pada sedetik waktu itu tadi.
Ku lihat suami ku menyanyi nyanyi kecil mengikut alunan muzik di radio.
Entah knape, lantas aku merapati pipinya, satu ciuman singgah di pipi nya
Dia terkejut.. ‘eh, nape ni..hehe’.
Aku hanya tersenyum malu dan mengelengkan kepala
‘Hehe, abg tgh drive ni, nanti balek okey..hahaha’ tawanya  sambil mengenyitkan matanya padaku
Merah padam muka aku, ke situ pulak..
‘Ngade la abg ni, org bkn mintak yang itu’. Aku masih menahan malu, dia bertambah galak mentertawakan aku

Dan hati kecil ku berbicara
“Aku mampu bahagia bersamanya, dan aku akan bahagia bersamanya….itu yang aku tahu dan itu janjiku”
Lantas tiba2 sebelah tangan nya mengengam erat jari jemariku seperti dapat membaca apa yang aku bisikkan tadi...ya, tgn inilah yang akan membawa aku ke syurga MU…hati aku kini bahagia..terima kasih ya Allah…

2 comments:

  1. huhu...sedih bace,,,touching2...akan ku tggu tgn yg akan genggam tgn ak t huhu...

    ReplyDelete